Eq

Advertisements

As salam

Salam pagi Isnin
08 JAN 2018

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya.

Ya Allah, Selamatkan tubuh kami dari penyakit dan yang tidak kami inginkan.

Ya Allah, selamatkan pendengaran kami dari penyakit dan maksiat atau sesuatu yang tidak kami inginkan.

Ya Allah, selamatkan penglihatan kami, tiada tuhan yang layak disembah kecuali Engkau.

Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu dari kekufuran dan kefakiran. Kami berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, tiada Tuhan kecuali Engkau.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami yang terdahulu dan terkemudian, dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui.

Ya Allah, ampunilah juga dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian mukminin mukminat muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli dan para sahabatnya.

Engkaulah yang dahulu dan yang akhir tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.

*رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ*
*وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَ ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ*

*وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.*

Buku online.

Utk makluman semua perpustakaan negara malaysia telah melancarkan 1 site di mana sesiapa sahaja boleh membaca buku secara online di pautan :-

http://www.pnm.elib.com.my/

Tuan/puan boleh membaca buku tersebut dgn hanya perlu register butiran maklumat diri dlm portal yg diberikan. Setelah selesai register terus log in pada portal tersebut.

Utk baca buku yg diminati klik pada butang “borrow”.

Sekian utk makluman kita bersama dan selamat membaca..

Mohon dipjgkn kepada yg lain.

Sultan Murad IV

Sultan Murad IV merupakan seorang sultan yg berani serta berpandangan jauh. Pada suatu malam ketika zaman pemerintahan beliau, beliau merasakan ada sesuatu yg tidak kena dalam hatinya. Beliau merasa cemas, rasa ingin tahu apa sebabnya. Lalu beliau memanggil ketua pengawalnya dan mengajaknya keluar untuk melihat keadaan rakyatnya. Sultan Murad IV kebiasaannya akan berjalan melihat rakyatnya di malam hari dengan cara menyamar.
Mereka pun keluar di malam hari, setelah lama berjalan tibalah mereka di lorong yg sempit. Mereka menemui seorang lelaki yg telah meninggal dunia tertiarap di atas tanah. Tempat tersebut tempat orang lalu lalang tetapi tiada sesiapapun yg mempedulikan mayat tersebut.

Lalu Sultan Murad IV bertanyakan kepada orang yg lalu lalang di kawasan itu, “Mengapa lelaki ini meninggal tetapi tiada sesiapa mempedulikannya dan mengangkat jenazahnya?”

Mereka berkata:

“Orang ini suka minum minuman keras dan selalu melakukan zina.”

Sultan bertanya kepada beberapa orang di situ tetapi jawapan yg diberikan tetap sama.

Sultan membalas,

Tapi…bukankah ia umat Muhammad SAW? Mari kita angkat jenazahnya, kita bawa ke rumahnya.

Mereka pun membawa jenazah lelaki tersebut ke rumahnya.

Melihat suaminya meninggal, dalam tangisnya si isteri berkata, “Semoga Allah merahmatimu wahai wali Allah.. Aku bersaksi bahawa engkau orang yang soleh.”

Sultan terkejut!

Bagaimana mungkin dia wali Allah sedangkan orang-orang di sekelilingnya mengatakan lelaki tersebut kaki botol dan kaki maksiat. Sehinggakan mereka tidak mempedulikan kematiannya.

Si isteri menjawab, “Sudah kuduga pasti akan begini..Sebenarnya, setiap malam suamiku membeli minuman keras dari para penjual sejauh yang ia mampu. Kemudian minuman-minuman itu dibawa ke rumah dan ditumpahkannya ke tandas, sambil berkata;
“Moga-moga aku meringankan dosa kaum muslimin dari meminum minuman keras ini. Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi.”

Dia juga pergi menemui pelacur pada malamnya untuk memberikan mereka wang dan berkata;
“Malam ini kalian dalam bayaranku, jadi tutup pintu rumahmu sampai pagi.”

Kemudian ia pulang ke rumah dan berkata kepadaku;

“Alhamdulillah, malam ini aku telah meringankan dosa para pelacur itu dan pemuda-pemuda Islam dari melakukan maksiat kepada Allah. Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi.”

Orang-orang yg berada disekelilingnya selalu menyaksikannya membeli arak dan menemui pelacur, lalu menuduhnya dengan berbagai tuduhan.

Aku pernah berkata kepada suamiku;
“Kalau kamu mati nanti, tidak akan ada kaum muslimin yang mahu memandikan jenazahmu, mensolatkan jenazahmu dan menguburkan jenazahmu”

Suaminya itu hanya tertawa dan berkata;
“Jangan takut, bila aku mati, aku akan disolatkan oleh Sultannya serta kaum muslimin, para Ulama dan para Auliya.”

Maka, Sultan Murad pun menangis, dan berkata;
“Benar! Demi Allah, akulah Sultan Murad, besok pagi kita akan memandikannya, mensolatkannya dan menguburkannya.
Akhirnya proses jenazah lelaki wali Allah itu dihadiri oleh Sultan, ulama, masyaikh dan seluruh masyarakat.”

Subhanallah!

* Biarlah kita tidak dikenali manusia, tetapi cukuplah Allah yg mengenali kita. Moga kita juga tidak menilai seseorang dari luarannya sahaja. Jika tidak tahu, diam adalah lebih baik daripada jatuh fitnah… moga Allah meredhai hidup kita semua. Aamiin Allahumma Aamiin.

Disampaikan oleh:
Ustaz Adam Way, Malam 21 Ramadhan. Masjid Al-Ridhuan Hulu Kelang.
THE SULTAN MURAD STORY
This story inspired me and I have shared it with you to inspire you too. Have a great day! 😊😊😊